Friday, August 6, 2010

LIGA SUPER 2010,RUMUSAN TEAM TERENGGANU

Tirai Liga Super 2010,telah berakhir,Dengan Kedudukan yang memberangsangkan juga kepada Pasukan Negeri Dari Bumi Darul Iman dimana Pasukan Terengganu berjaya ditabalkan sebagai pemenang tempat ke 3,dan Pasukan T-Team yang pertama kali bermain dalam Liga Super berjaya juga menempatkan di kelompok yang terbaik.

Cuma sepanjang musim ini jika dirumuskan,Pasukan Terengganu atau T-Team seperti biasa kurang mengekal kosisten terutamanya ditengah musim ini yang menyebabkan kedua-dua pasukan ini banyak kehilangan mata beharga.

Mutu Permain tahun ini bolehlah di puji apatah lagi "SAHA(Ashari) di anugerahkan kasut Emas.dimana dia gagal dalam percubaan musim 2009.Cuma Pasukan jangan mengharapkan segelintir permain,kerana apabila berlaku kecederaan terutamanya bahagian Pertahanan,ternyata sukar mencari benteng kebal seperti Marzuki Yusof.Bahagian tengah juga terlalu mengharap kepada Zairol,cuma pada akhir-akhir JKT berjaya mengubah corak tengah.

Begitu juga dengan T-Team,terlalu mengharapkan player tertentu.

Bagi Jurulatih,kedua pasukan mempunyai jurulatih yang bagus,Tahniah.
Oleh itu semoga dalam saingan Piala Malaysia berjaya mencapai hajat untuk memiliki satu piala.
Dan terus cemerlang Dalam Liga Super 2011.

No comments:

Post a Comment